Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini... Blog ini direkaciptakan untuk memaparkan isu-isu semasa di negeri Perlis dan juga sekaligus memperkenalkan negeri Perlis itu sendiri yang mana mempunyai banyak keistimewaan... Diharap dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengetahui berita terkini dibalik negeri Perlis Indera Kayangan.....

Selasa, 8 Mei 2012

KONSERT DIRAJA NEGERI PERLIS

Konsert Diraja Negeri Perlis



Tarikh 7 Mei 2012 pada pukul 9.00 Malam, Konsert Diraja Negeri Perlis telah diadakan di Dewan 2020 negeri Perlis. Konsert tersebut dihadiri oleh Raja Perlis iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Dan Raja Muda Perlis iaitu D.Y.T.M Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis iaitu D.Y.T.M Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Konsert ini diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan Unimap. Persembahan yang dipersembahkan dijayakan oleh kakitangan Unimap dan juga perlajar Unimap serta juga artis undangan Dato M.Nasir. Pelbagai persembahan menarik di persembahkan di konsert ini….


  Ketibaan Raja Perlis Dan Raja Muda Perlis


Persembahan oleh Dato' M.Nasir

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU 60 AN ANJURAN RTM PERLIS

Pertandingan Nyanyian Lagu 60an Anjuran RTM Perlis






Pada 10 & 11 March yang lepas, RTM Perlis telah mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu 60-an bertempat di hadapan bangunan KWSP Kangar,Perlis. Pertandingan  tersebut berlangsung daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Keistimewaan pertandingan ini semua lagu 60an yang nak nyanyi mesti tukaq jadi bahasa utagha, pendek kata bahasa oghang Perlis la. Kalau tak pandai cakap Perlis pun bagi bunyi macam oghang Perlis cakap jadi la. Contohnya,
menangis - teriak
termenung - melengung
moto - motokar
nampak - kelih
pergi - pi
kata - habaq
kau - hang
air - ayaq
sangat – sangga
kenapa - awat

dan sebagainya………………….

Apa  yang best pertandingan kali ni,  pasai tema dia lagu 60an, banyak la  geng2 veteran yang masuk menyanyi, tapi yang jadi juara, remaja umoq 23 tahun….

Salam………

Isnin, 7 Mei 2012

INGAT SENANG NAK NIKAH


Nikah di Perlis: Kisah Kahwin di Perlis

Satu masa dulu, syarat nikah di Perlis dilonggarkan supaya pasangan yang bermasalah tidak perlu pergi ke Thailand untuk berkahwin. Ini disebabkan banyaknya sindiket nikah palsu yang beroperasi di Selatan Siam.
Tapi, itu dulu. Sekarang, peraturan di Perlis sama seperti di negeri-negeri lain. Perlis bukan lagi tempat untuk nikah dengan mudah. Kes wali enggan atau poligami perlu dibicarakan sama seperti di negeri-negeri lain, sebelum pernikahan dibenarkan.
Walau pun begitu, masih ada pasangan yang menuju ke Perlis untuk berkahwin. Mungkin inilah yang mendorong segelintir manusia yang tak bertanggungjawab untuk menubuhkan sindiket nikah palsu di Perlis.
Menurut cerita yang kami dengar, pernikahan berlangsung dalam sebuah rumah di Perlis. Yang menikahkan mengaku dirinya sebagai seorang imam dari Songkhla. Dua orang penduduk Malaysia menjadi saksi. Imam tadi bertindak sebagai jurunikah dan wali hakim.
Selesai akad nikah, imam mengeluarkan surat nikah, kononnya dari Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS). Yang anehnya, nama saksi dalam surat nikah itu bukan saksi yang hadir, tetapi nama dua orang naib kadhi dari Songkhla.
Pernikahan begini dikhuatiri tidak sah. Masalah utamanya ialah soal wali. Lebih tepat, dalam hal ini, soal wali hakim. Imam dari Songkhla sudah tentu tidak boleh bertindak sebagai wali hakim di Malaysia, sebab wali hakim perlu dilantik oleh raja atau Kerajaan. Tidak ada imam dari Thailand yang dilantik sebagai wali hakim oleh mana-mana Majlis Agama Islam di Malaysia!
Salah satu pasangan yang kahwin di Perlis dengan cara ini telah menghubungi MAIS untuk mendapatkan kepastian tentang status pernikahan mereka. Ternyata, pernikahan mereka tak ada dalam rekod MAIS, dan MAIS sendiri menganggap perkahwinan itu sebagai tidak sah.
Mudah-mudahan tak ada lagi pasangan yang tertipu dengan cara ini. Kalau dirasakan cuma kahwin lari dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, jangan nikah di Perlis melalui sindiket, untuk mendapatkan surat nikah MAIS. Pergi terus ke pejabat MAIS di Songkhla Wilayah!

Hampa ingat senang nak nikah..nak nikah cemei ja kerja...