Berita sumber dari Harian Metro ini sudah
lama. Bertarikh 13 Januari 2010 sementara kejadian menyedihkan ini berlaku
pada 7 Januari 2010. Berita ini sudah
lama cuma saya ingin mengongsikan berita ini untuk tujuan bersama dan yang
paling penting bagi insan yang bergelar anak terutama remaja zaman sekarang
haruslah mengambil ini sebagai ikhtibar di masa akan datang.
Saban hari berita mengenai anak
membuang ibu atau bapa kandung mereka
sendiri semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Alasannya ialah tak tahan
dengan karenah ibu bapa mereka yang tua ini. Alasan yang diberi ialah buang air
merata la,makan bersepah la,tak pandai menguruskan diri la,nyanyuk
la,menyusahkan la dan macam-macam lagi alasannya. Itu semua di jadikan alasan
untuk mereka membuang ibu bapa mereka sendiri. Tak dapat dibayangkan bagaimana
perasaan ibu bapa apabila anak mereka sendiri membuang mereka. Bayangkan lah perasaan
mereka?
Waktu kita kecil dulu ibu bapa kita tak
pernah pun merungut kalau kita buang air merata dan makan bersepah-sepah malah
disambut dengan senyum ketawa melihat aksi kita. Mereka akan tangkas bangun
untuk membantu kita. Kita tidak pandai menguruskan diri sewaktu kecil tetapi
ibu bapa kita la yang menjadi pengurus kita menguruskan kita,memandikan
kita,menyikat rambut kita. Tidak terlintas dihati mereka menyatakan yang kita
menyusahkan mereka,malah kita dibelai dengan penuh kasih sayang.
Mereka membela kita dari kecil sampai
kita dewasa tanpa sebarang rungutan. Bila kita dewasa mereka tak pernah
mengharapkan balasan dari kita cuma yang diharapkan ialah kasih sayang kita. Tak
kira sama ada kita anak lelaki atau anak perempuan kita perlu menyanyangi
mereka. Tetapi anak perempuan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka tidak seberat
berbanding anak lelaki. Apabila anak perempuan sudah berkahwin mereka akan
lebih melaksanakan tugas mereka sebagai isteri. Untuk anak lelaki,tanggungjawab
kita pada ibu bapa sentiasa ada dan perlu sentiasa bertanggungjawab kepada
mereka. Kebanyakkan anak lelaki apabila sudah berkahwin lebih mengikut telunjuk
isteri mereka padahal ibu bapa lagi penting. Kalau isteri terlampau sombong dan
tidak hormat ibu bapa kita ingatlah si anak lelaki bahawa isteri kita boleh
cari lain tapi ibu bapa kita cuma satu saja. Kenapa kita nak ikut cakap isteri?
Sebagai anak lelaki perlulah memainkan peranan sebagai ketua didalam keluarga
dan sentiasa bertanggungjawab kepada ibu bapa.
Oleh itu kita harus la menyanyangi ibu
bapa kita,tanpa mereka kita tidak lahir ke dunia ini. Jika kita berbuat durjana
pada ibu bapa dan suatu hari nanti jangan kita heran dimana silap kita kalau
suatu hari nanti anak kita akan buat benda yang sama pada kita kembali malah
mungkin lebih teruk lagi.
Kasihi dan berbaktilah kepada ibu bapa sementara mereka masih ada. Doakan keampunan dan berbuat baik kepada sahabatnya jika mereka sudah tiada.
Sumber : Harian Metro
KANGAR: Seoraapa yang baru selesai
menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang
anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi
jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7
Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari
Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan
kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.
Anak lelakinya yang berusia 30 tahun
bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan
menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak
munasabah.
“Saya hanya minta dia hantar ke pekan
Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di
tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di
sini, semalam.
Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah
dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur
di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya,
anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula
selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, andaian itu
meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal
miliknya bagi memudahkannya bergerak.
“Menitis air mata saya ketika melangkah
kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak
melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan
menatang minyak yang penuh,” katanya.
Menurutnya, pada hari kedua selepas
dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang
sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.
Katanya, sejak tiga malam lalu, dia
bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa
lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.
Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman,
bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini
menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya,
Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.
“Saya bekerja sebagai pembantu kedai
makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta
saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.
“Lagipun, rumah berkenaan dibeli
menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika
menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi
pembinaan landasan kereta api,” katanya.
Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia
menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan
pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.
Katanya, selepas menetap di situ, anak
dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang
diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di
sini.
“Ketika bertarung dengan maut di HPP
selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan
mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa
tahun lalu.
“Saya terkejut dan hampir tak percaya
apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
Abdul Rahman mempunyai seorang lagi
anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.
Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.
Sebuah video untuk tontonan bersama....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan