Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini... Blog ini direkaciptakan untuk memaparkan isu-isu semasa di negeri Perlis dan juga sekaligus memperkenalkan negeri Perlis itu sendiri yang mana mempunyai banyak keistimewaan... Diharap dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengetahui berita terkini dibalik negeri Perlis Indera Kayangan.....

Sabtu, 24 Mac 2012

BATU BERDIRI DI KUALA PERLIS

Batu Berdiri Di Kuala Perlis.. Batu berdiri..? Kalau kita dengar macam pelik jugak la macam mana batu boleh berdiri tetapi itulah kenyataanya..  Kejadian aneh  ini berlaku di Kuala Perlis dimana hampir 50 biji batu berdiri ini telah berdiri dengan sendirinya di pesisiran pantai Kuala Perlis dan ia sesuatu fenomena yang pelik sedang berlaku.. Hampir semua orang yang tinggal di kawasan berhampiran tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikatakan sangat pelik itu...


Ada sumber jugak menyatakan terdapat  satu  pasangan kekasih yang telah menyusun batu-batu tersebut berdiri sebagai tanda percintaan mereka yang teguh (teguh la sangat).. Ada jugak sumber menyatakan bahawa batu-batu itu di susun berdiri oleh mat pit (penagih dadah) kerana mereka ingin mebina kubu pertahanan daripada diserang oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dan polis…(sumber yang tak boleh dipercayai..)

Apa-apa pun ini semua khabar-khabar angin daripada penduduk setempat tentang bagaimana perkara ini terjadi.. Yang pasti hanya Allah S.W.T sahaja yang maha melihat lagi maha mengetahui…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan