Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini... Blog ini direkaciptakan untuk memaparkan isu-isu semasa di negeri Perlis dan juga sekaligus memperkenalkan negeri Perlis itu sendiri yang mana mempunyai banyak keistimewaan... Diharap dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengetahui berita terkini dibalik negeri Perlis Indera Kayangan.....

Khamis, 22 Mac 2012

BUANG AYAH TEPI JALAN


Berita sumber dari Harian Metro ini sudah lama. Bertarikh 13 Januari 2010 sementara kejadian menyedihkan ini berlaku  pada 7 Januari 2010. Berita ini sudah lama cuma saya ingin mengongsikan berita ini untuk tujuan bersama dan yang paling penting bagi insan yang bergelar anak terutama remaja zaman sekarang haruslah mengambil ini sebagai ikhtibar di masa akan datang.

Saban hari berita mengenai anak membuang ibu atau  bapa kandung mereka sendiri semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Alasannya ialah tak tahan dengan karenah ibu bapa mereka yang tua ini. Alasan yang diberi ialah buang air merata la,makan bersepah la,tak pandai menguruskan diri la,nyanyuk la,menyusahkan la dan macam-macam lagi alasannya. Itu semua di jadikan alasan untuk mereka membuang ibu bapa mereka sendiri. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan ibu bapa apabila anak mereka sendiri membuang mereka. Bayangkan lah perasaan mereka?

Waktu kita kecil dulu ibu bapa kita tak pernah pun merungut kalau kita buang air merata dan makan bersepah-sepah malah disambut dengan senyum ketawa melihat aksi kita. Mereka akan tangkas bangun untuk membantu kita. Kita tidak pandai menguruskan diri sewaktu kecil tetapi ibu bapa kita la yang menjadi pengurus kita menguruskan kita,memandikan kita,menyikat rambut kita. Tidak terlintas dihati mereka menyatakan yang kita menyusahkan mereka,malah kita dibelai dengan penuh kasih sayang.

Mereka membela kita dari kecil sampai kita dewasa tanpa sebarang rungutan. Bila kita dewasa mereka tak pernah mengharapkan balasan dari kita cuma yang diharapkan ialah kasih sayang kita. Tak kira sama ada kita anak lelaki atau anak perempuan kita perlu menyanyangi mereka. Tetapi anak perempuan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka tidak seberat berbanding anak lelaki. Apabila anak perempuan sudah berkahwin mereka akan lebih melaksanakan tugas mereka sebagai isteri. Untuk anak lelaki,tanggungjawab kita pada ibu bapa sentiasa ada dan perlu sentiasa bertanggungjawab kepada mereka. Kebanyakkan anak lelaki apabila sudah berkahwin lebih mengikut telunjuk isteri mereka padahal ibu bapa lagi penting. Kalau isteri terlampau sombong dan tidak hormat ibu bapa kita ingatlah si anak lelaki bahawa isteri kita boleh cari lain tapi ibu bapa kita cuma satu saja. Kenapa kita nak ikut cakap isteri? Sebagai anak lelaki perlulah memainkan peranan sebagai ketua didalam keluarga dan sentiasa bertanggungjawab kepada ibu bapa.

Oleh itu kita harus la menyanyangi ibu bapa kita,tanpa mereka kita tidak lahir ke dunia ini. Jika kita berbuat durjana pada ibu bapa dan suatu hari nanti jangan kita heran dimana silap kita kalau suatu hari nanti anak kita akan buat benda yang sama pada kita kembali malah mungkin lebih teruk lagi.


Kasihi dan berbaktilah kepada ibu bapa sementara mereka masih ada. Doakan keampunan dan berbuat baik kepada sahabatnya jika mereka sudah tiada.

Inilah dia dunia akhir zaman.

Sumber : Harian Metro

KANGAR: Seoraapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.
“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.
Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.


Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.


Sebuah video untuk tontonan bersama....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan