Salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini... Blog ini direkaciptakan untuk memaparkan isu-isu semasa di negeri Perlis dan juga sekaligus memperkenalkan negeri Perlis itu sendiri yang mana mempunyai banyak keistimewaan... Diharap dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengetahui berita terkini dibalik negeri Perlis Indera Kayangan.....

Isnin, 7 Mei 2012

FACEBOOK SANGAT LAST SKALI FACESHAME


8 feb 2012 akibat menipu ibunya sendiri semata-mata untuk keluar bertemu kekasih, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Ngulang, Perlis dirogol sebanyak 4 kali dalam tempoh 5 jam.

Pada mulanya si gadis ini memberitahu ibunya hendak ke pasar malam, tetapi rupa-rupanya dia ‘melencong’ ke tempat lain bersama teman lelakinya.

“Mangsa telah dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.

“Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu."

“Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan."

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu.

Sementara itu, Mohd Nadzri berkata, sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah ini, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur.

“Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook,” katanya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan